Sergio Aguero

ItALI – Sergio Aguero mencipta rekod sebagai penjaring sepanjang masa untuk Manchester City di Naples.

Aguero menjaringkan gol ketiga dalam aksi menang ke atas Napoli di Stadio San Paolo untuk memadamkan rekod Eric Brook dengan 178 gol.

Jaringan itu sekaligus melayakkan skuadnya ke pusingan kalah mata Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Aguero berjanji hendak menghadiahkan jersi yang dipakai pada aksi pagi tadi itu kepada anaknya, Benjamin yang berusia lapan tahun.

Bercakap kepada BT Sport selepas perlawanan, Aguero berkata; “Saya sangat gembira ketika ini kerana sokongan pasukan memastikan saya mencipta rekod kelab kali ini.”

Manakala pengurusnya, Pep Guardiola pula memberi penghargaan kepada Aguero yang melakukan rekod penampilan kali ke 264 untuk kelab.

Aguero menyertai City dengan yuran perpindahan sebanyak £38 juta dari Atletico Madrid pada tahun 2011. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast