KUALA LUMPUR – Aplikasi WhatsApp dilaporan mengalami gangguan di seluruh dunia termasuk di Malaysia hari ini.

Masalah berkenaan dipercayai mula melanda benua Eropah dan seterusnya ke India, Singapura dan Malaysia. Masalah sama turut dilaporkan berlaku kepada Mozambique dan Iraq.

WhatsApp Web juga turut mengalami masalah yang sama. Ia memberi kesan kepada berjuta-juta orang yang menggunakan aplikasi itu termasuk urusan komunikasi selama kira-kira 4 jam.

Bagaimanapun, ia kembali beroperasi seperti biasa pada jam 5.05 petang waktu Malaysia.

Menurut laporan DownDetector, pengguna telefon pintar panik apabila aplikasi itu tergendala seketika. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast