WASHINGTON – Seperti yang dijangkakan, Jerome Powell dipilih untuk memimpin Rizab Persekutuan.
Pemilihan Powell yang merupakan Gabenor Rizab Persekutuan dibuat oleh Presiden Donald Trump.
Para penganalisis ekonomi menyifatkan Powell sebagai calon status quo dijangka meneruskan polisi semasa dengan menaikkan kadar faedah secara berperingkat-peringkat.
“Saya yakin Powell memiliki kebebasan untuk memimpin ekonomi kita bagi menghadapi sebarang cabaran,” katanya semasa pengumuman pelantikan Powell di Washington.
Trump telah menyenarai pendek lima calon untuk jawatan pengerusi Rizab Persekutuan termasuk Janet Yellen yang perkhidmatannya bakal berakhir pada Februari tahun depan. – MalaysiaGazette