Laporan stesen televisyen di Seoul yang menunjukkan bedilan peluru berpandu ke Laut Jepun pada Mac lalu. foto Reuters

SEOUL – Pyongyang mungkin sedang bersiap-sedia melancarkan satu lagi ujian peluru berpandu, menurut agensi perisikan Korea Selatan.

“Kemungkinan Korea Utara akan melancarkan senjata berikutan pergerakan aktif kenderaan yang dikesan di kawasan kemudahan penyelidikan peluru berpandu di Pyongyang,” menurut Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan yang memberitahu audit Parlimen, lapor Yonhap.

Julai lalu, Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu antara benua jarak jauh yang boleh berupaya mencecah Amerika Syarikat, diikuti Jepun dan ujian nuklear, sekali gus meningkatkan ketengangan di rantau tersebut.

Donald Trump dijangka tiba di Seoul Selasa depan untuk lawatan Asia termasuk ke Jepun, China, Vietnam dan Filipina. – MalaysiaGazette