SHAH ALAM – Malam ini merupakan saat paling getir untuk dua pasukan bola sepak tempatan, siapa lagi kalau bukan Kedah FC dan JDT FC yang akan bertembung pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2017.
Kedah turun selaku juara bertahan Piala Malaysia 2016 pada edisi ke-91 kali ini.
Manakala JDT yang baru digelar Juara Liga Super 2017 turun dengan azam untuk merampas kejuaraan malam ini.
Mengikut rekod Piala Malaysia, Kedah menjuarai piala tersebut sebanyak lima kali dan kali terakhir dimenangi pada tahun 2016 iaitu edisi ke-90.
Kedah pada aksi final tahun lepas telah menundukkan Selangor menerusi penentuan sepakan penalti dan menjulang piala berprestij tempatan itu.
Awal musim ini Kedah dan JDT pernah bertambung dalam
Piala Sumbangsih dan Kedah menang menerusi penentuan sepakan penalti.
Musim ini Kedah sudah merangkul Piala FA dan juga Piala Sumbangsih.
Malam ini kedua-dua pasukan yang dianggap terbaik dalam kancah bola sepak domestik masing-masing mahu menamat musim ini dengan memburu kejuaran berganda.
Maka aksi final Piala Malaysia malam ini boleh dianggap ujian untuk kedua-dua pasukan.
Jika melihat rekod pertemuan kedua dua pasukan, Kedah sekadar mencatat tiga keputusan seri dalam lima perlawanan menentang JDT.
Manakala JDT pula menang dalam dua daripada lima pertemuan bersama Helang Merah, dan kali terakhir kedua-dua pasukan berdepan pada Liga Super dengan berkesudahan seri tanpa jaringan pada minggu lepas.
Kedah penah menang ke atas JDT kali terakhir pada 16 April 2016 dalam perebutan Piala FA manakala JDT menang ke atas Kedah pada 16 Julai musim lalu dalam Liga Super di Larkin dengan keputusan 5-0.
Final piala Malaysia kali ini disifatkan sebagai ke-12 dalam sejarah pasukan negeri Kedah.
Bagi JDT tidak pernah menjulang Piala Malaysia yang mana hanya pernah beraksi pada final tahun 2014 namun tewas kepada Pahang.
Sama ada Kedah akan mempertahankan kejuaraanya kali ini atau JDT akan melakar sejarah julang kali merangkul kejuaraan kali ini, jawapannya akan diketaui malam ini.
Selangor merupakan pemenang terbanyak iaitu sebanyak 33 kali dalam sejarah temasya itu.- MalaysiaGazette