Carles Puigdemont dikehendaki kerajaan Sepanyol untuk menghadapi perbicaraan di negara tersebut.

MADRID – Sepanyol pada Jumaat mengeluarkan waran tangkap atas tuduhan menghasut dan beberapa dakwaan lain ke atas Carles Puigdemont.

Kerajaan Sepanyol juga mengetatkan segala undang-undang yang ada terhadap pemimpin Catalan itu yang kini berada di Brussels, Belgium selepas kerajaan memecat beliau ekoran pengumuman kemerdekaan Catalan yang didakwa haram.

Mahkamah Tinggi Madrid meminta pihak berkuasa Belgium untuk menahan Puigdemont dan empat penasihatnya atas dakwaan mengingkar arahan mahkamah Sepanyol.

Mahkamah mengarahkan Puigdemont dan pengikutnya segera pulang ke Sepanyol pada Khamis untuk menjawab segala pertuduhan ke atas mereka.

Pemimpin itu menghadapi pertuduhan menghasut, menyalahgunakan dana awam, dan pecah amanah.

Hakim juga menolak tuntutan Puigdemont untuk mengesahkan video persidangan dari Belgium.

Di Brussels, Pendakwaraya Persekutuan berkata pihak berkuasa Belgium akan mengakaji tentang waran tangkap ke atas pemimpin Catalan sebelum menyerahkan kepada hakim.

“Kita akan menyerahkannya kepada hakim untuk menyiasat, selewat-lewatnya esok atau Sabtu, kata Eric Van der Sypt kepada Reuters.

Puigdemont yang bercadang untuk bertanding dalam Pilihanraya kecil di rantau itu pada 21 Disember ini berkata dia tidak yakin dengan keadilan Sepanyol.

Namun katanya dia sedia bekerjasama dengan mahkamah di Belgium untuk menghadpai segala pertuduhannya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast