Home Dunia Kerabat, menteri Arab Saudi ditahan berkaitan rasuah

Kerabat, menteri Arab Saudi ditahan berkaitan rasuah

RIYADH – Agensi rasuah Arab Saudi menahan 11 orang kerabat diraja, empat menteri dan berpuluh-puluh bekas menteri.

Penahanan itu dibuat selepas beberapa jam jawatankuasa baharu yang diketuai oleh Putera Mohammed bin Salman dibentuk oleh dikri diraja.

Identiti mereka yang ditahan itu belum dinamakan.

Tidak jelas mengapa mereka ditahan.

Bagaimanapun, media Arab Saudi, Al-Arabiya berkata, siasatan baru telah dilancarkan berhubung banjir di Jeddah pada tahun 2009 dan kejadian virus Mers yang muncul di Arab Saudi pada tahun 2012.

Jawatankuasa anti-rasuah baru mempunyai kuasa untuk mengeluarkan waran tangkap dan larangan perjalanan, menurut agensi berita Arab Saudi (SPA). – MalaysiaGazette