KUALA LUMPUR – Jualan ekuiti asing di Bursa Malaysia mencecah RM28.6 juta minggu lalu, terendah tahun ini berbanding RM92.1 juta pada minggu sebelumnya.
MIDF Amanah Investment Bank Bhd dalam laporan mingguannya berkata, purata jumlah jualan asing dalam tempoh lima minggu lalu RM65.8 juta.
Jumlah itu berdasarkan kepada transaksi dalam pasaran terbuka sahaja.
Menurutnya, pelabur asing menjual ekuiti Malaysia pada tiga hari daripada lima hari dagangan.
Firma penyelidikan itu berkata, ia bukan mengejutkan pada hari Isnin yang menyaksikan jumlah bersih belian sebanyak RM133.4 juta tertinggi sejak 12 September berikutan penantian pengumuman pengumuman Bajet 2018.
Kebetulan pula FBM KLCI yang mencatatkan dagangan tertinggi selama tujuh hari iaitu 1,748 mata.
Meskipun begitu, situasi positif itu tidak lama kerana hari Khamis merekodkan jualan terbesar pada minggu itu dengan jumlah RM72.3 juta.
Beliau berkata, penyusunan semula jualan asing menyaksikan bursa tempatan secara beransur-ansur jatuh, berakhir pada 1,741 mata pada hari Jumaat, walaupun bursa serantau, terutamanya Filipina dan Indonesia meningkat berikutan kenaikan harga minyak.
MIDF Research berkata, bulan Oktober adalah bulan ketiga jualan asing tahun ini dengan pelabur antarabangsa menjual sejumlah RM226.3 juta.
Berikutan itu, jumlah jualan bersih kumulatif setakat ini berjumlah RM9.28 bilion pada minggu lepas, jauh di bawah paras RM10 bilion, kata firma penyelidikan itu.
Manakala aliran masuk terkumpul setakat ini masih mengimbangi kira-kira 31.6 peratus daripada jumlah aliran keluar bersih tahun 2014 hingga 2016.
Katanya, penglibatan asing terus menurun kerana nilai dagangan harian purata harian (ADTV) menurun sebanyak 9 peratus kepada RM861 juta. – MalaysiaGazette