Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Abdullah

KOTA BHARU – Tindakan pihak tertentu yang memperlekehkan usaha kerajaan Kelantan menyalurkan bantuan segera sebanyak RM50,000 kepada Pulau Pinang yang dilanda musibah banjir, amat dikesali.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Kelantan bukannya mewah seperti negeri-negeri lain dan bantuan yang dihulurkan itu adalah mengikut kemampuannya.

“Dalam Islam, kalau mahu sedekah, berilah ikut kemampuan. Kita beri setakat termampu, lebih baik sedikit daripada tak memberi langsung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 (Kajian Semula) di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Selain sumbangan segera RM50,000 itu, kerajaan negeri turut menghantar sukarelawan bagi menjalankan kerja-kerja kesukarelawanan dinegeri itu.

Bagaimanapun usaha kerajaan Kelantan itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk ada yang memperlekeh tindakan itu dengan membandingkan bantuan lebih RM1 juta disalurkan oleh Kerajaan Pulau Pinang kepada Kelantan ketika negeri tersebut dilanda banjir besar pada 2014.- BERNAMA

1 Komen

  1. Bantuan lebih RM1 juta disalurkan oleh Kerajaan Pulau Pinang kepada Kelantan ketika negeri tersebut dilanda banjir besar pada 2014 adalah melalui pintu belakang dan berniat jahat. Ini kerana bantuan tersebut tidak disalurkan melalui kerajaan Kelantan, sebaliknya melalui sebuah NGO yang dinaungi oleh Dato’ Husam Musa. Pada majlis menyampaikan bantuan tersebut Lim Guan Eng menyampaikan ucapan dengan mempersendakan kerajaan Kelantan dengan kata-kata seperti berikut:

    “Mengapa tak mahu lawan rasuah? Adakah kerana di negeri tertentu ada rasuah jugak? Kita tahu banjir berlaku, banjir teruk berlaku kebelakangan ini kerana negeri telah ditarah dan ditebang 100,000 hektar hutan. Mengapa tak jawab? Mengapa tak jawab? Yang parti warnanya hijau tak hijau. Mengapa tarah hutan 100,000 hektar menyebabkan banjir boleh jadi lagi teruk? Adakah uruskan ekonomi dengan baik? Mampukah bayar kakitangan kerajaan atau betulkah tak ada wang untuk bayar kakitangan kerajaan sehingga kena pinjam daripada Kerajaan Persekutuan? Ini adalah negeri yang gagal, negeri yang sudah bankrap, itu sebab pemimpinnya bankrap.”

Comments are closed.