Insiden tembak di sebuah gereja di Texas mengakibatkan 27 terbunuh dan 26 lagi tercedera dalam insiden semalam. Foto: AP

KUALA LUMPUR – Seramai 27 orang terbunuh manakala 24 lagi tercedera dalam satu insiden tembakan di gereja First Babtist di Sutherland Springs, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, dalam kejadian semalam, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat atau terjejas dalam insiden tersebut setakat ini.

Perkara itu disahkan Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan itu dan ingin merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat AS terutama kepada keluarga mangsa.

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Washington sedang berhubung dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan perkembangan terkini berkenaan insiden tersebut.

Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Washington di talian +1-202- 572-9700 atau e-mel di [email protected]. – MalaysiaGazette