David Moyes

LONDON – David Moyes dalam proses diumumkan sebagai Pengurus baharu West Ham United.

Pengumuman rasmi kelab the Hammers itu dijangkakan Selasa.

SkySports News difahamkan, bekas Jurulatih Manchester United, Everton dan Real Sociedad itu akan menggantikan tugas yang dikosongkan Slaven Bilic.

Slaven dipecat kelab itu semalam ekoran prestasi buruk kelab tersebut sejak awal musim Liga Perdana Inggeris (EPL) kali ini.

Moyes dikatakan akan mengambil alih kontrak kejurulatihan selama enam bulan.

Dengan pelantikan itu, Moyes merupakan pengurus ke-16 untuk kelab berkenaan.

Moyes akan bertanggungjawab untuk memastikan kelab itu terus kekal dalam liga utama England.

Mengikut kedudukan semasa, West Ham menduduki tangga ke-18 dalam carta liga dan hanya merekodkan dua kemenangan daripada 11 perlawanan setakat ini.

Moyes akan berdepan Watford City di Vicarage Road pada 19 November ini.

Moyes sebenarnya telah meluahkan hasrat untuk menerajui West Ham selepas pemecatan Bilic.

Bekas Pengurus Sunderland itu juga sedang bertugas sebagai pengulas sukan di sebuah stesen Televisyen di Doha.

Moyes, 54, memberitahu: “Saya sentiasa berhasrat mahu kembali menguruskan kelab bola sepak dan menunggu peluang terbaik.

“Saya tahu apa yang dilalui Bilic di West Ham dan sudah pasti telah berusaha keras mendapatkan keputusan terbaik secepat mungkin. Namun yang berlaku adalah sebaliknya,”.

Bilic dipecat tidak sampai 24 jam selepas kelab itu tersungkur 1-4 di gelanggang sendiri kepada Liverpool dan kini berada di tangga tercorot liga.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast