Ir. Dr. Zaini Ujang.

KUALA LUMPUR – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menafikan berita kononnya kerajaan akan menaikkan tarif elektrik bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, berita itu tidak benar dan telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Kami telah menerima maklumat tentang tersebarnya kenyataan dalam media sosial tentang “Tarif Elektrik Terpaksa Dinaikkan Bagi Melindungi TNB Daripada Kerugian – Najib Razak”.

“KeTTHA juga ingin memaklumkan bahawa kenyataan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah kenyataan lama bertarikh 16 Mei 2014,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zaini, KeTTHA telah menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengambil tindakan selanjutnya serta-merta.- MalaysiaGazette