KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sedang mengesan seorang lelaki yang mendakwa menggelar dirinya ‘Datuk Saravanan’ berhubung kes penipuan.
Lelaki itu yang nama sebenarnya V R Saravanan, 35, dan alamat terakhirnya di No.5, Jalan BS 3/3 Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, Selangor.
Orang ramai yang mengenali Saravanan atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Superintendan Kamisah Aris di talian 03-261-1143 atau Inspektor Siti Mashita Arifin 03-261-1149 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – MalaysiaGazette