Mohd. Shafie Apdal, Semporna, Parlimen, calon
Mohd Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Bekas menteri kabinet, Datuk Seri Shafie Apdal pernah menasihati Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan supaya menceritakan realiti sebenar berhubung cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan menyebabkan harga barang akan naik.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata, beliau ada membuat bantahan terhadap cukai tersebut, bagaimanapun keputusan Kabinet diputuskan secara kolektif dan bukan secara berseorangan.

“Kita dalam Kabinet ni is a collective decision. Kita kalau bantah kita ikut collective decision tak bererti kita sokong.

“Saya ingatkan kawan saya Pontian Maslan (Ahmad Maslan), Mat, saya nasihat jangan cerita barang (harga) tak naik, barang naik,” kata beliau semasa perbahasan peringkat dasar Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Susulan itu, Ahmad yang kini bertukar portfolio sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I bangkit dan mempertahankan kenyataannya yang mengatakan pengenalan GST akan menurunkan harga barang berdasarkan statistik terbaharu daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Saya kata GST boleh turunkan harga barang. Baru-baru ini KPDNKK mengeluarkan kenyataan 223 barang turun kerana GST. KPDNKK jawab dalam dewan ini,” katanya.

Ahli Parlimen Semporna itu mendakwa GST menekan orang ramai khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman apabila terpaksa membayar cukai setiap hari walaupun pendapatan mereka tidak seberapa.

“Penat rakyat bayar GST, letih, kalau ikut tak payah pungut.

“Ada orang kampung jumpa saya mengadu kata kami susah hari-hari kena gigit,” ujarya lagi. – MalaysiaGgazette

2 Komen

  1. Hippokrit Shafie Apdal tu… Sebelum ni bukan main lagi kata GSY baik…GST baik untuk negara dan Rakyat…

Comments are closed.