Aishah

KUALA LUMPUR – Tiba-tiba timbul kontroversi membabitkan penyanyi Aishah yang tidak mendapat tajaan baju dalam Gegar Vaganza musim keempat (GV4) gara-gara saiz tubuhnya yang besar.

Namun tak disangka, Aishah kini dihujani panggilan telefon daripada pereka-pereka fesyen tanah air yang berbesar hati menawarkan tajaan kepadanya.

“Tak sangka tular pula cerita baju saya untuk GV4 ini. Sebenarnya saya tidak pernah bercerita kepada sesiapa mengenai ketiadaan penaja baju untuk program ini.

“Ya, memang betul ramai yang menghubungi saya untuk menawarkan tajaan pakaian termasuk solekan. Namun, saya lebih selesa dengan keadaan sekarang.

“Cukuplah sekadar suami yang mengiringi saya sepanjang GV4. Saya juga tidak suka diiringi ramai orang,” jawab Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin di status laman Facebook miliknya.

Tambah Aishah, sejak bergelar penyanyi, dia lebih gemar menggunakan khidmat jurusolek dan pakaian yang disediakan penganjur atau stesen televisyen, tiada masalah baginya.

Aishah juga berkata, buat masa ini dia hanya memerlukan tajaan aksesori untuk persembahan pada minggu ketiga GV4 yang akan diadakan Ahad ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast