Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media selepas pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat Parlimen, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 27 OKTOBER 2017.

KUALA LUMPUR – Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijanjikan kerajaan akan menerima rawatan terbaik dalam pembedahan yang bakal dijalaninya hujung minggu ini, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Reaksi ceria salah seorang saksi, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai ke arah petugas media selepas hadir di Mahkamah Rayuan untuk memberi keterangan berkaitan prosiding siasatan kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia di Istana Kehakiman Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 07 SEPTEMBER 2017.

Timbalan Perdana Menteri berkata dimaklumkan Kementerian kesihatan sudah mengambil langkah bagi memenuhi permintaan keluarga Anwar yang inginkan rawatan terbaik untuknya.

“Dengan penuh rasa simpati, rawatan terbaik dari doktor pakar yang sesuai dan rawatan pasca pembedahan akan diberikan kepada beliau, kita berharap selepas pembedahan itu beliau segera sembuh.

“Kita juga berharap pegawai perubatan dapat memberi rawatan terbaik dan pasca rawatan kepada Anwar,” katanya ketika membahaskan Bajet 2018 bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat hari ini.

Ketua Umum PKR itu mengalami kesakitan berterusan di bahu kanannya dan semakin semakin teruk selepas kemalangan pada 22 September lalu.

Kemalangan itu berlaku ketika Anwar dibawa dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke Penjara Sungai Buloh.

Beliau dilaporkan sudah dimasukkan ke hospital hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast