Keadaan Pasar Besar Seremban selepas kebakaran pada 9 September lalu.

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan hari ini mengesahkan kebakaran Pasar Besar Seremban pada September lalu berpunca daripada perbuatan khianat.

Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, hasil siasatan yang dijalankan telah mengesan lima sampel mengandungi kesan cecair mudah menyala jenis petrol di lokasi kejadian.

“Kebakaran bangunan tersebut dipercayai berpunca daripada api yang dinyalakan menggunakan petrol dan telah dicurahkan di hadapan gril pintu lipat kedai makan Seng Hing bernombor 758A di tingkat satu.

“Maklumat awal mengenai kes tersebut telah diberikan kepada pihak polis pada 15 September lalu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Negeri seperti dilapor sebuah laman portal.

Pada 9 September lalu, kebakaran besar telah memusnahkan tingkat atas bangunan Pasar Besar Seremban di Jalan Tun Dr. Ismail.

Bangunan dua tingkat yang berusia 39 tahun itu mempunyai 197 gerai. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2017/09/09/letupan-kuat-beserta-gegaran-sebelum-pasar-besar-seremban-terbakar/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast