Tan Sri Abdul Wahid Omar menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Integriti Nasional 2017 di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Dengan menekankan kepentingan memupuk budaya berintegriti, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Abdul Wahid Omar menyeru kedua-dua perkhidmatan awam dan sektor korporat mengambil pendekatan tegas dengan “berkata tidak kepada rasuah”.

Dalam ucaptama pada Konvensyen Integriti Nasional (KIN) 2017 di sini hari ini, bekas menteri Kabinet berkata, bagi Malaysia untuk terus bergerak menjadi sebuah negara maju, adalah penting bagi masyarakat bebas daripada perbuatan rasuah.

Katanya, pendirian toleransi sifar terhadap rasuah seharusnya bermula dari diri anggota perkhidmatan awam dan korporat.

Bagi memastikan momentum gerakan antirasuah terus utuh, tegas Wahid, adalah penting kedua-dua pihak yang memberi dan menerima rasuah didakwa dan dihukum.

“Rasuah akan wujud selagi ada pihak yang sanggup untuk memberi bagi mendapatkan kontrak-kontrak lumayan dan pilih kasih. (Jadi) sudah tiba masa bagi perkhidmatan awam dan korporat Malaysia mengatakan tidak kepada rasuah.”

KIN 2017, yang bertemakan Memperkukuh Integriti Korporat: Atas Bawah, Semua Peringkat, dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia dengan kerjasama Petronas.

Sehubungan itu kata Wahid, “saya pasti kita tahu tentang kempen menentang perbuatan memburu hidupan liar dengan slogan ‘apabila pembuatan membeli berhenti, pembunuhan juga akan berhenti sama’.”

Oleh itu kata beliau, pendekatan yang sama terpakai dalam isu berkaitan dengan perbuatan tidak jujur dalam masyarakat.

“Apabila pemberian rasuah berhenti, pengambilan rasuah juga akan berhenti.”

Kata beliau, meskipun tindakan pihak berkuasa menangani rasuah jelas ketara dengan peningkatan jumlah mereka yang ditahan, Malaysia masih berhadapan dengan isu persepsi indeks.

Dalam ucaptamanya, Wahid memberitahu, mana-mana yang tiada integriti sudah pasti tidak akan kekal lama.

“(Begitu juga), jika seseorang terlibat dalam perbuatan tidak jujur, ia akan diketahui satu hari kelak,” kata beliau sambil menambah, “kedua-dua perkataan integriti dan amanah berkait rapat.”

Sempena KIN 2017, Modul Kursus Integriti Industri Pembinaan, yang diterbitkan oleh turut dilancarkan.