KUALA LUMPUR – Seramai 82 mangsa daripada 22 keluarga dari Kampung Sungai Tekali, Hulu Langat ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Serai dekat sini, malam ini berikutan banjir kilat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, hujan lebat lebih dua jam sejak 4 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Hulu Langat dilanda banjir kilat.

Menurut Mohd Sani, antara kawasan lain yang terjejas di Hulu Langat ialah Kampung Pasir, Kampung Sungai Pening dan Kampung Seri Nanding.

“Pusat pemindahan di Kampung Sungai Tekali dimasuki air dan kesemua mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan SK Sg Serai,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast