Jason Lo

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini mengesahkan bahawa ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat telekomunikasi Malaysia ditahan di Dubai pada September lepas bagi membantu siasatan berhubung satu kes pergaduhan dan bukannya kes dadah.

Beliau berkata, pergaduhan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai itu melibatkan rakannya tetapi akhirnya, CEO itu turut ditahan pihak berkuasa Dubai.

“Lelaki berkenaan ditahan bukan kerana kesalahan dadah seperti dakwaan beberapa laporan portal tempatan.

“Sekarang, kami tunggu maklumat lengkap daripada pihak berkuasa Dubai dan kami sedang menyiasat kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Media tempatan melaporkan CEO itu kembali ke tanah air pada Selasa lepas. – Bernama