Emmanuel Macron. foto Agensi

DUBAI – Presiden Perancis Emmanuel Macron mengadakan rundingan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman pada Khamis meskipun ketegangan di antara Arab Saudi dan Iran berhubung Lubnan dan Yaman semakin meningkat.

Macron yang terbang dari lawatannya ke Emiriah Arab Bersatu pada awalnya tidak mahu membincangkan isu penahanan individu-individu penting dalam skandal rasuah Arab Saudi bagaimanapun beliau kemudiannya bersetuju kerana ia penting untuk bekerjasama dengan negara berkenaan demi kestabilan serantau.

Pertemuan empat mata buat pertama kalinya itu akan memberi fokus kepada persoalan serantau terutamanya Yaman dan Lubnan serta memastikan kestabilan serantau dipertahankan, kata Presiden Perancis itu dalam satu kenyataannya selepas mesyuarat.

Dalam pada itu, dua pegawai tertinggi kerajaan Lubnan berkata, Riyadh memaksa Perdana Menteri Lubnan, Saad al-Hariri meletakkan jawatan semasa beliau berada di negara itu dan seterusnya mengenakan tahanan rumah kepada beliau.

Arab Saudi bagaimanapun menafikan Hariri dikenakan tahanan rumah bagaimanapun beliau sendiri mengakui pergerakannya terbatas.

Perancis mempunyai hubungan rapat dengan bekas koloninya, Lubnan dan Hariri yang turut memiliki rumah di negara tersebut selepas menghabiskan masa beberapa tahun di Perancis.

Macron dalam sidang media terdahlu ada memberitahu bahawa beliau pernah menghubungi Hariri secara tidak formal bagaimanapun tiada permohonan untuk memindahkan bekas perdana menteri itu ke Perancis. – MalaysiaGazette