SANTIAGO – Bekas juara tinju heavyweight, Mike Tyson dilarang memasuki Chile pada Khamis lalu dan dihantar pulang ke negara asalnya.

Pegawai polis menyatakan tidak mematuhi undang-undang imigresen merupakan alasan menghalang kemasukannya ke negara itu dan menyiarkan gambar Tyson diiringi pegawai di lapangan terbang pada akaun Twitter rasmi jabatan tersebut.

Rekod jenayah Tyson di Amerika Syarikat menyebabkan dia dihalang memasuki negara itu dan dihantar pulang, menurut AP.

Tyson didapati bersalah merogol pada 1992 dan menjalani hukuman penjara selama tiga tahun daripada enam tahun sebelum dibebaskan dengan perol pada 1995.

Bekas peninju itu juga penah disabitkan dengan kesalahan menyerang.

Pegawai pentyiasat Chile menyatakan dan akaun Twitter bahawa ia mempunyai kuasa untuk ‘menghalang sebarang kemasukan warga asing yang mempunyai rekod atau disabitkan dengan kesalahah di negara asal mereka’.

Tyson, 51, terbang ke Santiago bagi menghadiri majlis penganugerahan filem. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast