KINSHASA – Seramai 33 penumpang terbunuh dalam kemalangan kereta api di Republik Demokratik Congo.
Stesen radio Okapi melaporkan nahas itu berlaku di Buyofwe di wilayah Lualaba, di selatan negara itu.
Kereta api itu didakwa terbakar selepas terjunam ke dalam gaung.
Pengangkutan tersebut juga dikatakan membawa bahan mudah terbakar ketika dalam perjalanan antara Lubumbashi, bandar kedua terbesar dan Luena yang terletak 2,000 kilometer (1,200 batu) dari ibu kota, Kinshasa. – MalaysaGazette