Home Dunia Dua pelancong maut dipijak gajah

Dua pelancong maut dipijak gajah

Gambar beberapa ekor gajah yang diambil berhampiran kediaman di Sungai Maramba, Livingstone. foto Agensi

LUSAKA – Dua pelancong terbunuh selepas dipijak oleh seekor gajah di Livingstone, Zambia.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa mendekati haiwan itu untuk mengambil gambar.

Jurucakap polis, Danny Mwale berkata, pelancong lelaki dan wanita itu masing-masing berumur 64 tahun dan 55 tahun dari Belanda dan Belgium.

Katanya, mayat-mayat mangsa ditemui terbaring berhampiran rumah kecil di Sungai Maramba, sebuah pusat peranginan terletak kira-kira 4 kilometer dari Victoria Falls dengan beberapa kesan luka.

Polis sedang menyiasat kes itu kerana tidak menolak kemungkinan kes bunuh diri.

Menurut Pihak Berkuasa Hidupan Liar Zambia (ZAWA) negara itu mengalami konflik manusia dan haiwan kerana beratus-ratus penduduk mati setiap tahun akibat serangan haiwan itu.

Para pelancong yang mengunjungi taman-taman permainan juga tidak selamat daripada haiwan-haiwan sesat. – MalaysiaGazette