Jahara Hamid

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa hidup dalam penafian apabila terus menerus membuat penafian berhubung bantuan banjir daripada kerajaan persekutuan.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata pelbagai bantuan telah disalur oleh kerajaan persekutuan untuk mangsa banjir termasuk tilam, tikar, pakaian dan sebagainya.

“Inilah kerajaan Pulau Pinang, memang sentiasa dalam ‘denial’ (penafian), tidak mahu mengaku kerajaan pusat sudah menghulurkan bantuan. Tidak mahu mengaku kerajaan pusat beri peruntukan. Bertreler- treler (banyak treler bawa barangan) masuk ke sini untuk menghulurkan bantuan.

“Bukan saja makanan yang dihulurkan, malah (pihak) daripada negeri-negeri jiran sehingga dari Johor turut datang membantu membersihkan kawasan yang terjejas,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Terdahulu Ketua Menteri Lim Guan Eng pada sidang media di lobi DUN berkata sehingga hari ini kerajaan negeri masih menunggu pengumuman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri ini yang bernilai RM1 bilion.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast