Home Uncategorized Pyongyang aktif uji senjata, rakyat kelaparan

Pyongyang aktif uji senjata, rakyat kelaparan

Kim Jong-un memeriksa bom nuklear yang sedang dibangunkan oleh Korea Utara. foto Reuters

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam Korea Utara yang melanggar hak asasi manusia kerana melakukan ujian peluru berpandu dan nuklear tetapi pada masa sama rakyatnya kelaparan.

Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB yang melalui konsensus resolusi yang dibuat oleh Kesatuan Eropah dan Jepun menyatakan keprihatinan terhadap rekod hak asasi Pyongyang.

Perkara itu akan didebatkan pada bulan depan di Perhimpunan Agung PBB.

Korea Utara melakukan enam kali ujian nuklear pada tahun ini dan menguji beberapa siri peluru berpandu maju, termasuk peluru berpandu balistik antara benua, walaupun 18 juta warga Korea Utara atau 70 peratus daripada penduduknya sedang berjuang akibat kekurangan makanan.

Resolusi yang ditaja oleh 61 negara itu turut mengutuk Korea Utara kerana “mengalihkan sumbernya untuk meneruskan senjata nuklear dan peluru berpandu balistik berbanding kebajikan rakyatnya.”

Langkah ini mengutuk “pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik, meluas dan keganasan yang berterusan” di Korea Utara dan mengatakan pelanggaran tersebut telah menyebabkan kelaparan dan kekurangan zat makanan yang teruk dalam kalangan rakyatnya.

Hampir satu per empat penduduk Korea Utara menderita kekurangan zat makanan yang kronik, kata resolusi itu.

Ia menyatakan kebimbangan serius bahawa Pyongyang telah melakukan penyeksaan, pembunuhan mudah, penahanan sewenang-wenang dan penculikan warga asing di dalam dan di luar wilayahnya.

Resolusi itu juga menegaskan Korea Utara mesti menyediakan warga asing yang ditahan dengan akses kepada perkhidmatan konsular dan membolehkan mereka berkomunikasi dengan keluarga mereka.

Duta Besar Korea Utara Ja Song Nam berkata, kerajaannya menolak secara mutlak resolusi tersebut kerana ia sebagai satu bentuk politik untuk melemahkan kepimpinan Pyongyang.

Duta Besar itu memasuki Amerika Syarikat untuk membentangkan dua resolusi sanksi yang baru-baru ini diterima pakai oleh Majlis Keselamatan, mengutuk tindakan “orang gasar” sebagai “pelanggaran hak asasi manusia dan kejahatan genosida”.

Resolusi itu juga menyatakan kebimbangan tentang pertemuan keluarga berpisah di Semenanjung Korea telah digantung sejak Oktober 2015. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast