Cristiano Ronaldo. Foto REUTERS.
Cristiano Ronaldo. Foto REUTERS.

MADRID – Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo dikatakan sudah berpatah arang dengan Real Madrid apabila dia telah membuat keputusan untuk meninggalkan kelab pada hujung musim ini.

Program televisyen Sepanyol, El Chiringuito de Jugones mendakwa, hasrat pemain berusia 32 tahun itu sudah dimaklumkan Presiden Real, Florentino Perez untuk mengucap selamat kepada Santiago Bernabeu.

Laporan itu turut mendakwa, bintang sensasi tersebut telah menolak tawaran kontrak baharu bersama Real walaupun Perez tidak mahu kehilangan Ronaldo.

Ronaldo dikatakan mula terasa hati apabila mendapat tahu Real berusaha keras untuk mendapatkan khidmat Kylian Mbappe dari Monaco pada musim panas lalu sebelum pemain itu memilih untuk menyertai Paris Saint-Germain.

Ronaldo menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan terakhir bersama Real.

Malah, pemain kebangsaan Portugal itu turut kecewa dengan cara rakan pasukannya, Isco meraikan jaringannya selepas meledak gol ketiga untuk Real.

Terdahulu, Ronaldo menyambut kelahiran bayi perempuannya yang diberi nama Alana Martina hasil hubungan dengan kekasihnya, Georgina Rodriquez. – MalaysiaGazette