SINGAPURA – Harga minyak meningkat hari ini selepas jangkaan OPEC akan memanjangkan tempoh pengurangan bekalan semasa bermesyuarat hujung bulan ini.
Minyak hadapan Brent, LCOc1 berada pada paras AS$62.06 setong pada 0742 GMT, meningkat 19 sen atau 0.3 peratus berbanding harga terakhir dagangan.
Kontrak hadapan minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI) berada pada paras AS$55.39 setong, naik enam sen berbanding ketika ditutup semalam.
“Harga minyak tidak menentu disebabkan peningkatan luar jangka inventori Amerika Syarikat,” kata penganalisis kanan pasaran OANDA di sini. – MalaysiaGazette