MADRID – Selepas melahirkan anak pada Ahad lalu, isteri Cristiano Ronaldo, Georgina Rodriquez mengakui keluarga mereka kini sudah lengkap dan semakin bahagia.

Meluahkan perasaannya itu di laman Instagram, Georgina muncuk memakai gaun sutera berwarna putih.

Dia rurut berkongsi gambar sedang memangku anak perempuannya di atas sofa yang dikelilingi jambangan bunga.

Kapsyen gambar tersebut berbunyi: “Alana Martina dilahirkan pada 12-11-17.”

“Satu pengalaman yang membahagiakan apabila menjadi seorang ibu dan menjaga anak-anak di rumah setiap masa. Dan kini, Alana Martina hadir melengkapkan kehidupan kami,” katanya.

Pada Ahad lalu, Ronaldo mengesahkan kelahiran anak keempatnya di Hospital Quiron Universal  menerusi laman Instagramnya.

“Alana Martina baru sahaja lahir. Geo dan Alana masing-masing sihat. Kami semua amat gembira,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast