KUALA LUMPUR – Jumlah pelaburan antarabangsa bersih Malaysia merekodkan kedudukan aset bersih RM21.5 bilion.
Jumlah kedudukan aset kewangan mengecil sebanyak 1.1 peratus kepada RM1.698 bilion (S2 2017: RM1,717.2 bilion) manakala jumlah liabiliti meningkat sebanyak RM1.8 bilion untuk mencatat RM1,676.6 bilion (S2 2017: RM1,674.8 bilion).
Jabatan Perangkaan berkata, kedudukan Pelaburan Langsung di Luar Negeri (DIA) merekodkan RM554.0 bilion pada akhir S3 2017 (S2 2017: RM573.5 bilion) dan Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia mencatat RM558.7 bilion (S2 2017: RM556.7 bilion).
Pelaburan portfolio menunjukkan kedudukan liabiliti bersih RM331.0 bilion, berkurangan sebanyak RM13.0 bilion daripada S2 2017.
Sementara itu, kedudukan pelaburan lain mencatatkan liabiliti bersih RM73.0 bilion. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia pada akhir September 2017 berada pada RM427.7 bilion (S2 2017: RM424.8 bilion). – MalaysiaGazette