MANCHESTER – Manchester United, Jose Mourinho secara terbuka memberitahu dia tidak lagi berminat mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo untuk pasukannya pada musim depan.

Menurut laman web sukan Sepanyol, Diario Gol, Mourinho tidak mahu lagi membuang masa untuk memujuk bintang dunia ituke Old Trafford.

Malah pengendali kelahiran Portugal itu membayangkan perkara yang sama jika dia berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) pada masa akan datang.

Ini kerana Mourinho menyifatkan peluang untuk mendapatkan semula khidmat Ronaldo adalah mustahil.

“Saya tidak magu lagi membuang masa terhadap pemain yang mustahil berhijrah ke kelab lain.

“Ronaldo adalah pemain penting untuk kelabnya dan pemain yang hebat,” kata Mourinho.

Ronaldo ketika ini bergelut dengan prestasi tidak menentu bersama Real Madrid apabila hanya menjaringkan satu gol daripada tujuh perlawanan La Liga musim ini.

Namun dia menjaringkan enam gol pada empat aksi Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun penganalisis bola sepak  berpendapatan United boleh  membawa masuk semula Ronaldo jika pemain itu benar-benar mahu meninggalkan Real Madrid. – MalaysiaGazette