-Sebuah pesawat angkut C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan pendaratan cemas selepas menghadapi masalah peralatan kekaki (landing gear) di Lapangan Terbang Labuan.

LABUAN – Sebuah pesawat angkut C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melakukan pendaratan cemas selepas menghadapi masalah peralatan kekaki (landing gear) di Lapangan Terbang Labuan, hari ini.

TUDM, dalam kenyataan, berkata pesawat berkenaan terpaksa membuat pendaratan cemas tanpa tayar pada jam 5.15 petang, setelah enam jam berlegar-legar di ruang udara Labuan bagi membakar minyak di udara.

“Juruterbang dan kesemua anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan. Landasan kini ditutup sehingga diberitahu kelak,” menurut kenyataan itu.

Pengurus Lapangan Terbang Labuan, Ahmad Fikri Samsudin memberitahu Bernama sebanyak sebelas penerbangan ke dan dari Kota Kinabalu, Miri dan Kuala Lumpur dibatalkan sejak jam 2 petang tadi, berikutan kerja-kerja mengosongkan landasan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast