Robert Mugabe. foto Agensi

HARARE – Para pemimpin parti Zanu-PF, parti pemerintah Zimbabwe dipercayai akan mengadakan pertemuan pada hari ini untuk meluluskan pemecatan Presiden Robert Mugabe.

Mugabe merupakan satu-satunya pemimpin negara Afrika Selatan sejak kemerdekaan Zimbabwe 37 tahun yang lalu.

Mesyuarat luar biasa jawatankuasa pusat parti itu dijangka diadakan kira-kira jam 10.30 pagi (0830 GMT) untuk mempertimbang penyingkiran Mugabe, selepas empat hari rampasan kuasa tentera.

Secara berasingan, televisyen negara berkata, Mugabe akan bertemu dengan komandan tentera pada hari Ahad, untuk melakukan mediasi dalam rundingan dengan presiden.

Semalam, beratus-ratus penduduk negara itu membanjiri ibu negara sambil menyanyi, menari dan berjabat tangan dengan tentera kerana berjaya menyingkir Mugabe.

Jawatankuasa pusat ZANU-PF juga dijangka mengekalkan Emmerson Mnangagwa sebagai naib presiden parti, selepas beliau dipecat Mugabe.

Isteri Mugabe, Grace, akan dipecat sebagai ketua Liga Wanita Zanu-PF, kata sumber kepada Reuters.

Kejatuhan pasangan itu menakjubkan – menghantar gelombang kejutan di seluruh Afrika, yang mana beberapa orang kuat Mugabe – Yoweri Museveni dari Uganda dan Joseph Kabila dari Republik Demokratik Congo, diminta tidak campur tangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast