Home Dunia Bekas naib presiden gesa Mugabe letak jawatan

Bekas naib presiden gesa Mugabe letak jawatan

Emmerson Mnangagwa

HARARE – Bekas naib presiden Zimbabwe yang dipecat menggesa Presiden Robert Mugabe meletakkan jawatan dengan segera.

Emmerson Mnangagwa berkata, dia melarikan diri ke luar negara dua minggu lalu apabila mengetahui plot untuk membunuhnya.

Mnangagwa berkata, beliau tidak akan kembali ke Zimbabwe sehingga keselamatannya dijamin.

Parti Zanu-PF yang dipimpin oleh Mugabe dijangka memulakan prosiding siasatan di Parlimen pada Selasa.

Mugabe didakwa membenarkan isterinya, Grace Mugabe ‘merampas kuasa Perlembagaan’.

Bercakap dari lokasi yang tidak didedahkan Mnangagwa berkata, presiden berusia 93 tahun itu harus akur “panggilan bersuara” rakyatnya untuk melepaskan jawatan tersebut.

“Saya memberitahu Presiden bahawa saya tidak akan pulang ke Zimbabwe sekarang sehingga saya berpuas hati dengan keselamatan saya, kerana layanan yang diberikan kepada saya selama ini telah ditarik balik,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette