Home Dunia Korea Utara negara penaja pengganas

Korea Utara negara penaja pengganas

Donald Trump

WASHINGTON – Selepas sembilan tahun dikeluarkan dari senarai, Korea Utara diumumkan sebagai negara penaja pengganas.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Donald Trump selepas selesai lawatannya ke Asia.

Dalam mesyuarat Kabinet, beliau berkata, dengan pengumuman tersebut, Amerika Syarikat akan mencetuskan sekatan tambahan yang sangat besar.

Sekatan itu akan diumumkan pada hari Selasa.

Tetapi Setiausaha Negara Rex Tillerson kemudiannya mengakui “kesan praktikal mungkin terhad”.

Trump menyalahkan program nuklear negara itu dan menyokong apa yang beliau sebut sebagai tindakan keganasan antarabangsa.

Semasa mengumumkan keputusan itu di White House, Presiden Amerika Syarikat itu berkata, ia sepatutnya dilakukan lama dahulu.

September lalu, Amerika Syarikat mencadangkan sekatan ke atas Korea Utara oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk minyak dan aset-aset milik Kim Jong-un.

Cadangan itu berikutan pelancaran enam ujian nuklear dan peluru berpandu oleh Pyongyang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast