Home Dunia Air China gantung penerbangan ke Pyongyang

Air China gantung penerbangan ke Pyongyang

TAIPEI – Air China Ltd telah menggantung penerbangan antara Beijing dan Pyongyang kerana permintaan menyusut.

Korea Utara kini berhadapan dengan sekatan daripada Amerika Syarikat berikutan siri ujian senjata nuklear dan peluru berpandu.

Jurucakap Air China ketika mengesahkan penggantungan itu berkata: “Perniagaan tidak begitu baik” dan enggan mengulas bila penerbangan akan disambung semula.

Air China dikatakan menggantung penerbangan itu selepas kunjungan seorang wakil kanan China ke bandar itu.

Amerika Syarikat telah menyenaraikan semula Korea Utara sebagai negara penaja keganasan.

Pada kebiasaannya, Air China terbang ke Pyongyang pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sejak tahun 2008.

Tetapi sejak kebelakangan ini, penerbangan itu dibatal disebabkan masalah yang tidak dinyatakan.

Tahun lalu, Air China menghentikan penerbangan pada musim sejuk tetapi kembali beroperasi pada bulan Mac.

Setakat ini ia tidak menjual tiket bagi mana-mana penerbangan 2018, menurut Routes Online. – MalaysiaGazette