Home Ekonomi Harga minyak terus mengukuh

Harga minyak terus mengukuh

SINGAPURA – Harga minyak mentah dunia mengukuh selepas laporan kejatuhan inventori minyak Amerika Syarikat dan jangkaan OPEAC akan melanjutkan kawalan pengeluaran bahan api selepas suku pertama 2018.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, berada pada AS$62.81 setong pada 0112 GMT, naik AS$0.24 sen atau 0.4 peratus daripada harga penutup.

Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada $ 57.31 setong, naik AS$0.48 sen, atau 0.8 peratus.

Peniaga berkata, pasaran pada umumnya disokong dengan usaha yang diketuai oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekumpulan pengeluar bukan OPEC yang diketuai oleh Rusia untuk menghalang pengeluaran bagi menamatkan lebihan bekalan minyak global.

OPEC akan mengadakan pertemuan pada 30 November untuk membincangkan prospek dasar itu.

J.P. Morgan dalam prospek komoditi 2018 berkata, pasaran minyak pada tahun 2018 akan seimbang disokong oleh pemotongan pengeluaran OPEC dan bukan OPEC dengan meluas.

Katanyaa, tanpa kawalan pengeluaran pasaran akan berlebihan.

Bank Amerika Syarikat pula mengunjurkan harga Brent akan didagangkan secara urata AS$40 hingga AS$ 60 setong, dengan Brent mencecah AS$58 setong pada 2018.

WTI pula dijangka purata $ 54.6 setong. – MalaysiaGazette