KUALA LUMPUR – Harga petrol RON95, RON97 dan diesel untuk minggu ini menyaksikan penurunan antara 2 sen hingga 8 sen seliter.

Bermula jam 12.01 tengah malam ini, RON95 dan RON97 dengan harga masing-masing ditetapkan pada RM2.30 dan RM2.58 seliter.

Sementara itu, harga diesel juga menunjukkan penurunan 2 sen, menjadikan harga jualannya RM2.23 seliter.

Harga baru diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) petang ini.

Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan mula dikuatkuasakan pada April lalu.

Ia ditetapkan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu terdahulu. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast