Home Dunia Hariri kembali ke Lubnan

Hariri kembali ke Lubnan

Saad Hariri turun dari pesawat selepas tiba di Beirut. foto Agensi

BEIRUT – Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri kembali ke Beirut untuk pertama kalinya sejak mengumumkan peletakan jawatannya di Arab Saudi lebih dari dua minggu lalu.

Kepulangan Hariri disambut oleh anggota pasukan keselamatan

Hariri telah mencetuskan krisis politik apabila beliau membuat keputusan melepaskan jawatannya ketika mengadakan lawatan di Riyadh.

Beliau menafikan spekulasinya kononnya Arab Saudi memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai sebahagian daripada perjuangan serantau dengan Iran.

Bagaimanapun, Presiden Lubnan, Michel Aoun enggan menerima keputusan Hariri sehingga beliau menyerahkan sendiri surat peletakan jawatan itu.

Sabtu lalu, Hariri ke Paris untuk bertemu dengan Presiden Perancis bagi menyelesaikan kemelut itu.

Hariri berhenti sebentar di Mesir dan Cyprus dalam perjalanan pulang ke Beirut pada hari Selasa.

Semasa di Perancis, Hariri memberi jaminan untuk kembali ke Lubnan bagi mengambil bahagian dalam perayaan kemerdekaan pada hari Rabu.

Beliau akan memberitahu kedudukannya selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Aoun.

Dalam kenyataan Hariri melalui televisyen, beliau mendakwa bimbang tentang keselamatannya.

Hariri juga menuduh Iran menanam “perselisihan, kehancuran dan kemusnahan” di rantau dan mendakwa kumpulan Hezbollah, yang merupakan sekutu Iran di Lubnan telah menjejaskan kestabilan negara.

Hezbullah adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan nasional yang dibentuk oleh Hariri tahun lalu.

Presiden Aoun menuduh Arab Saudi telah ‘mengikat’ Hariri tetapi dinafikan oleh Riyadh dan Hariri sendiri.

Hariri mempunyai hubungan rapat dengan Arab Saudi, malah dia memegang kewarganegaraan Lubnan dan Saudi, memiliki harta dalam kerajaan dan Riyadh adalah pendukung utama politiknya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast