Kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan yang membawa pesawat-pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

MANILA – Pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang membawa 11 krew terhempas di Laut Filipina.

Pesawat tentera itu jatuh ke laut di tenggara Okinawa dalam perjalanannya ke kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan, lapor laman portal The Telegraph.

Angkatan ketujuh yang berpangkalan di Jepun dalam satu kenyataan hari ini berkata, operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan sejurus menerima laporan kejadian itu.

Katanya, kapal itu beroperasi di Laut Filipina apabila kemalangan berlaku pada jam 2.45 petang waktu Jepun (5.45 pagi GMT).

[googlemaps https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m14!1m8!1m3!1d29250233.031738088!2d127.945404!3d26.501301000000005!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x34e5aa0b3a6c6be3%3A0x9569ed04c06a967c!2sOkinawa+Island!5e0!3m2!1sen!2suk!4v1511343229056&w=600&h=450]

Punca nahas setakat ini belum diketahui dan nama-nama mangsa di atas kapal dikenal pasti manakala keluarga terdekat sudah diberitahu.

Tentera Laut AS berkata, dalam satu kenyataan: “Sebuah pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat yang membawa 11 anak kapal dan penumpang jatuh di tenggara Okinawa.

“Kakitangan kecemasan sedang digerakkan dan keadaan mereka akan dinilai oleh kakitangan perubatan USS Ronald Reagan,”.

Pada Ogos lalu, Tentera Laut AS kehilangan 10 anggota ketika USS John McCain bertembung dengan kapal tangki dari Singapura. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast