Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang untuk meminda Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya 2017 dengan cadangan memansuhkan hukuman mati mandatori bagi kes di bawah Seksyen 39B Akta 234.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pindaan itu akan dibuat supaya mahkamah diberi lebih ruang bagi menggunakan budi bicara dalam menentukan hukuman setara bagi pesalah dadah.

“Semua pihak perlu melihat pindaan ini sebagai langkah proaktif Kerajaan untuk memastikan keadaan kepada mereka yang tidak sepatutnya dijatuhkan hukuman mati mandatori.

“Walau bagaimanapun, hukuman mati mandatori masih perlu dikekalkan untuk memberi gambaran yang jelas bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mereka yang mengedar dadah sehingga menjadi ancaman kepada negara dan rakyat,” kata Azalina dalam satu kenyataan hari ini.

Pindaan itu antara lain, memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menghukum pengedar dadah dengan hukuman mati atau dengan pemenjaraan seumur hidup.

Pindaan yang akan mewajibkan banduan untuk membantu agensi penguatkuasaan dalam membanteras aktiviti pengedaran.

Sebelum ini, di bawah pindaan kepada Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, memaktubkan mana-mana orang yang disabitkan dengan kesalahan pengedaran dadah berbahaya hendaklah dihukum dengan hukuman mati atau dengan pemenjaraan seumur hidup yang mana dia boleh juga dikenakan hukuman sebat. -MalaysiaGazette.