Home Dunia Fasa pencarian ARA San Juan semakin kritikal

Fasa pencarian ARA San Juan semakin kritikal

Kapal selam ARA San Juan yang hilang sejak seminggu lalu. foto Agensi

BUENOS AIRES – Gerakan mencari kapal selam tentera laut Argentina yang hilang di Atlantik Selatan sejak seminggu lalu telah mencapai tahap kritikal.

Ini kerana, bekalan oksigen untuk 44 anak kapal semakin menyusut.

Puluhan pesawat dan bot sedang mencari ARA San Juan.

Sekiranya kapal selam yang dibina di Jerman itu tenggelam atau tidak dapat naik ke permukaan sejak 15 November lalu, bermakna anak-anak kapal akan menggunakan bekalan oksigen tujuh hari terakhir.

“Kami dalam fasa kritikal terutama dalam bekalan oksigen. Tiada ada sebarang hubungan langsung dengan ARA San Juan,” kata jurucakap tentera laut, Enrique Balbi.

Kapal selam itu kemungkinan berada di dasar laut kerana mekanisme untuk permukaan sama ada gagal atau tidak diaktifkan oleh anggota krew, menurut enyiasat tentera laut, Fernando Morales.

“Sekiranya kapten kapal itu tinggal di bahagian bawah kerana dia fikir ia lebih baik untuk kekal di bahagian bawah, itu adalah satu perkara. Tetapi pada masa ini kita harus berfikir jika dia berada di bawah kerana dia tidak boleh berada naik,” kata Morales .

Dalam satu sidang berita malam, Balbi berkata bunyi luar biasa dikesan pada 15 November lalu berhampiran tempat kapal selam terakhir melaporkan kedudukannya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengatakan jika bunyi tersebut adalah letupan atau isyarat kecemasan daripada kapal itu.

Data mengenai kebisingan sedang dianalisis, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast