Dr. Hilmi Yahaya

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan hari ini sekali lagi menegaskan tidak akan sesekali menyokong langkah penjualan rokok ‘kiddie pack’ atau pek mini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata penjualan rokok ‘kiddie pack’ yang mengandungi kuantiti kurang daripada 20 batang dan lebih murah hanya akan menarik lebih ramai perokok terutamanya remaja.

“Kementerian memandang serius amalan merokok di negara ini yang merupakan faktor risiko kepada pelbagai masalah kesihatan dan kematian pra-matang.

“Larangan penjualan rokok ‘kiddie pack’ adalah untuk membendung masalah penggunaan rokok dalam kalangan remaja,” katanya ketika menjawab soalan asal Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) berhubung perkara tersebut pada sesi soal jawab.

Dr Hilmi berkata negara ASEAN lain juga mengambil langkah melarang pembungkusan rokok dalam pek mini dan sehingga kini hanya empat negara di rantau ini masih belum melaksanakan kawalan tersebut iaitu Thailand, Myanmar, Filipina dan Indonesia.

Menjawab soalan tambahan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) mengenai keberkesanan penguatkuasaan larangan merokok dalam kalangan remaja, Dr Hilmi berkata satu cadangan untuk mewujudkan undang-undang baharu berkaitan produk tembakau kini sedang diteliti Jabatan Peguam Negara (AG).

Beliau berkata cadangan menaikkan had umur membeli dan menjual rokok dari 18 kepada 21 tahun akan dibentangkan di Parlimen setelah mendapat penelitian daripada AG.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. budakĀ² bolih syer duit beli lagi ramai yang terlibat .kalau sepatutnya seorang tapi bila syer mereka akan jadi berkumpulan , inilah undangĀ² otak udang

Comments are closed.