Home Nasional Seminggu untuk alih gerabak

Seminggu untuk alih gerabak

Beginilah keadaan salah sebuah gerabak yang terbalik berhampiran Stesen Keretapi Bank Negara.

KUALA LUMPUR – Stesen Keretapi Bank Negara akan ditutup selama seminggu bagi pengalihan 12 gerabak kargo yang terbalik kira-kira pukul 2.50 pagi tadi.

Penutupan itu dibuat kerana gerabak-gerabak itu terbalik di kedua-dua landasan keretapi.

Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, punca nahas sedang disiasat.

“Namun siasatan awal mendapati 120 tapak konkrit yang menampung rel mengalami kerosakan sepanjang 200 meter.

“Jadi, kita perlu mengalihkan gerabak dan baik pulih semula tapak konkrit yang rosak,” katanya ketika melawat tempat kejadian di sini.

Ketika kejadian, keretapi yang membawa 30 gerabak tren dalam perjalanan dari Ipoh ke Pelabuhan Kelang.

Ia terbalik ketika sedang menghampiri Stesen Keretapi Bank Negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast