SINGAPURA – Menggunakan strategi ‘digital habis-habisan’, bank terbesar Singapura, DBS Group Holdings diangkat sebagai syarikat paling bernilai di Asia Tenggara daripada segi permodalan pasaran.

Menurut Bloomberg, kumpulan perbankan itu memiliki modal pasaran sebanyak S$62.97 bilion setakat semalam, meninggalkan pesaingnya, Singapore Telecomunications (SingTel) dengan modal pasaran sebanyak S$60.42 bilion

Saham-saham dari kaunter teknologi seperti Apple dan Alibaba Group Holdings menjadi tujuh syarikat terbesar di dunia daripada segi pasaran selain memperbaiki tinjauan masa hadapan pelabur bagi industri tersebut.

“DBS adalah di antara bank-bank di rantau ini yang berani mengambil cabaran untuk melakukan transformasi teknologi,” kata penganalisis pasaran Diksha Gera.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast