Eliaquim Mangala

MANCHESTER – Eliaquim Mangala mengakui dia mungkin meninggalkan Manchester City pada musim perpindahan musim sejuk Januari 2018.

Bintang antarabangsa Perancis itu hanya membuat lima penampilan dalam kesemua aksi musim ini bersama skuad Pep Guardiola.

Guardiola mengutamakan Vincent Kompany dan Nicolas Otamendi dan John Stones di bek pertahanan pasukan itu.

Kini Kompany yang dilanda kecederaan membuka peluang untuk Mangala beraksi dalam kesebelasan utama.

Bagaimanapun, Guardiola mendedahkan dia bercadang untuk menurunkan seorang lagi pemain pertahanan bek tengah pada Januari ini selepas gagal mendapatkan bekas bintang Manchester United, Jonny Evans.

Pemain pertahanan Southampton, Virgil van Dijk kini berada dalam radar Guardiola dengan Southampton bersedia berurusan dengan jualan mega dengan kelab gergasi dalam liga EPL.

Menyedari hakikat ini, dia menyerah kalah untuk mengemas barangnya di Etihad daripada membuang masa memburu peluang dan mahu mencerahkan peluang ke Piala Dunia Rusia 2018 bersama skuad kebangsaan.

“Saya sangat realistik, saya tahu ia akan berlaku. Sama ada saya akan berada di sini dua bulan lagi, musim depan, setahun lagi anda tidak tahu.

“Satu-satunya saya boleh buat ialah fokus kepada apa yang dilakukan sekarang.

“Buat masa ini saya masih berasama skuad Guardiola, saya akan berusaha untuk membantu skuad ini, tidak kisah saya berpeluang beraksi atau sebaliknya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast