Bangunan Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan bahawa tidak ada sebarang rancangan rasmi untuk menubuhkan atau melantik entiti penukaran mata wang kripto rasmi di Malaysia.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebuah artikel yang diterbitkan oleh Malaysian Reserve bertajuk, ‘Govt may appoint an official cryptocurrency exchange’ (Kerajaan mungkin lantik entiti penukaran mata wang kripto rasmi), adalah bersifat spekulasi dan kenyataannya membayangkan bahawa bank pusat itu kemungkinan akan melantik entiti penukaran mata wang kripto rasmi adalah mengelirukan dan tidak benar.

“Satu peraturan akan dikeluarkan untuk menjadikan mana-mana orang atau entiti menyediakan perkhidmatan penukaran mata wang digital sebagai institusi pelapor di bawah jadual 1 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001,” kata bank pusat itu.

BNM berkata ini akan secara proaktifnya menjamin Malaysia daripada penyalahgunaan mata wang digital bagi tujuan menyalahi undang-undang di tengah-tengah peningkatan penggunaan bentuk mata wang baharu ini dan pendedahan berkaitannya kepada risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast