Home Dunia Harimau sarkas terlepas ditembak mati

Harimau sarkas terlepas ditembak mati

Pasukan keselamatan mengusung bangkai harimau yang ditembak mati. foto AFP

PARIS – Seekor harimau yang terlepas dari sarkas di tengah Paris ditemui berjalan-jalan di sekitar selatan Menara Eiffel sebelum ditembak mati.

Kejadian harimau terlepas itu dimaklumkan oleh polis melalui Twitter.

Bagaimanapun, harimau seberat 200 kilogram itu tidak mencederakan sesiapa.

Polis telah bertindak pantas dengan mengepung kawasan berkenaan sebaik sahaja perkhidmatan kecemasan dimaklumkan penemuan haiwan itu oleh penduduk.

“Ia adalah seekor harimau yang besar. “Kami mendengar dua atau tiga tembakan dan melihat polis turun ke arah trek,” menurut seorang penduduk kepada laman Le Parisien.

Harimau itu dibunuh di sebuah lorong, kata jurucakap perkhidmatan bomba.

Harimau itu ditembak oleh pemiliknya dengan senapang patah, telah ditahan dan polis telah memulakan siasatan.

Bormann Moreno baru-baru ini telah melakukan persediaan bagi pertunjukkan sarkas pada 3 Disember ini. – MalaysiaGazette