Home Nasional Kerja-kerja penurapan di LKSA

Kerja-kerja penurapan di LKSA

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) kini sedang giat menjalankan kerja-kerja penurapan semula secara berperingkat di kedua-dua hala di sepanjang lebuh raya tersebut.

Kerja-kerja penurapan bermula jam 10 malam sehingga 5 pagi setiap hari dan dijangka selesai pada pertengahan Januari 2018.

Sehubungan dengan itu kerja-kerja lencongan lorong akan dilaksanakan di kawasan-kawasan terbabit.

“Ini merupakan inisiatif berterusan LKSA di dalam usaha untuk memberikan keselesaan kepada pengguna lebuh raya,” menurut Khairul Nizam Baharudin, Pengurus Besar, LKSA.

Pengguna lebuhraya dinasihatkan untuk berhati-hati ketika menggunakan LKSA pada waktu tersebut dan sentiasa mematuhi papan tanda keselamatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast