Home Nasional Pasukan khas siasat penemuan wang tunai RM13j

Pasukan khas siasat penemuan wang tunai RM13j

PORT DICKSON – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat penemuan wang tunai RM13.04 juta di Sabah semalam.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pasukan itu akan menyelaraskan siasatan dengan JIM Sabah untuk memastikan semua aspek diteliti.

“Wang ini telah dijumpai ketika pihak JIM Sabah melakukan ‘Ops Gegar’ di sebuah hotel di Kota Kinabalu yang pada mulanya hanya menahan 21 individu tetapi turut menjumpai wang tunai RM11.88 juta di situ.

“Siasatan lanjut menemukan RM1.16 juta lagi di pangsapuri milik seorang daripada yang ditahan, tidak jauh dari lokasi serbuan,” katanya pada sidang media selepas Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai Imigresen Gred KP19 Siri 4/2017 di Akademi Imigresen Malaysia, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mustafar berkata, operasi tersebut turut menyaksikan 17 wanita Filipina berusia lingkungan belasan tahun hingga 30-an ditahan, dipercayai mangsa sindiket pelacuran yang didalangi tiga lelaki tempatan.

Beliau berkata, selain Akta Imigresen, kes terbabit turut melibatkan Kanun Prosedur Jenayah serta Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast